Thursday, December 29, 2011

HARD JOURNEY


Harini dah masuk dua minggu aku di kota bangsat ni, yang mulanya hidup sebuah kisah yang aku belum tentu apa kesudahannya,  harap harap esok datang cahaya cerah, harap ada sinar buat aku. Huh, penat berpuitis*konon, Aku dah out of money, jobless, skarang aku dah complete pure SAMPAH, Hahaha, Tahniah Amy. Baru punk.

Dah tau duit ciput boleh lagi nak menggatal pergi Putrajaya bagai, nak tgk scene konon, puih, last last balik KL, blur seribu batu, serbuk megi jadi pengalas, rokok bundle jadi pencuci mulut, diulangi, Amy kau Pure SAMPAH, haha.
Lagi brapa hari lagi untuk menutup tirai 2011 ni, Aku memang menjahanamkan hidup aku tahun ni dgn aktiviti aktiviti yang aku sendiri tak pasti, Terasa sangat tak berguna sungguh aku tahun ni, Takpe takpe, ada berapa hari lagi untuk terus menjahanamkan diri dengan tahun 2011 ni, lebih lebih lagi dah nak masuk 2012 ni, orang smua mmg dah siap dgn azam azam tahun baru ni. Nak kahwin, nak brenti rokok, nak brenti itu ini, nak beli Ferrari, nak beli banglow 3-4 tingkat dan macam macam azam yang biasa biasa kita dengar.

Aku? Azam aku nak berjumpa dengan manusia bernama Azam. Amacam? Stail x? Sbb aku tak pernah ada kawan nama Azam lagi, so bila aku dapat jumpa dgn orang nama azam mana lah tau bole jadi rakan seperjuangan aku kat sini 
Hahaha.

Aku seorang manusia yang tak pernah nak letak azam kat belakang atau kat mana sekali pun sbb bagi aku sendiri bukan tu cara aku nak perbaiki diri, semua atas mindset, azam la setinggi mana pun, kalau mindset kau kearah lain je kerjanya, mmg confirm confirm takde kemajuannya, lantaklah, itu hak individu, bukan masalah sesiapa pun, aku Cuma menyuarakan apa aku rasa, blog aku, suka aku lah haha, yang aku tau sekarang, cari kerja, publish zine, terus kerja, cari duit utk makan pakai,duit bayar sewa, kalau ada duit lebih sikit boleh la aku nak teruskan projek aku yang nantii korang taulahh.

*Blur 3 min sambil dengan lagu marjinal

Malas nak banyak berkata kata aku tau korang pun bosan baca, Semoga azam azam korang tercapai, yang mana azam nak dapat duit banyak tu, boleh boleh laa rajin call aku haha, senang nak blanja aku makan hahaha *hopeless*
Lampu kelip kelip KLCC dan KL Tower dah makin hilang, kabus pagi makin tebal dan jelas kelihatan, itu bermaksud sudah masuk hari baru dan sudah masuk waktu manusia manusia keluar mencari rezeki, sekarang masa untuk aku menamatkan hari supaya aku tak berilusi yang aku masih belum tamatkan 24jam yang lepas.

*harap dapat mimpi bidadari smalam

7.22am
28 December 2011