Tuesday, July 3, 2012

TIPIKAL PENUMPANG BAS AWAM


2:30PM

CHOW KIT – HENTIAN PEKELILING

Aku siap mandi, packing barang dan bersedia utk pulang ke kuantan dari Bandar chow kit, aku mula langkah aku dalam sekitar 3:30PM , manusia manusia jalanan berpusaran kala mahu hendak petang barulah muncul mereka keluar cari makan, almaklumlah, kebanyakkan manusia jalanan di chow kit ini bekerja kebiasaannya pkul 7 mlm dan biasanya berakhir pkul 2 - 3pg , pkul 4 : 20 pg keluar cari  breakfast, balik rumah makan sama sama, bila smua dah sendawa, semua dah senyum, boleh la mula mula rehat kepala dgr lagu, layan movie, atau gamming, sebelum lelapkan mata. Cincai cincai pkul 6 – 7 pg baru smuanya lelapkan mata. Ok aku dah melalut, dipendekkan cerita, perjalanan singkat aku dari jalan putra terus ke pekeliling amik masa dalam 10min lebih kurang. Sampai sampai je aku disana, tiket bas lain smuanya 6 ptg ke bawah, so aku jalan lagi, dan seperti yang aku jangka bas yang paling ditakuti dan sedikit lambat dari bas lain, bas transnasional, mmg kurang orang naik, so aku sampai  di pekeliling pkul 3:47PM dan tipikal pemandu bas ni nak buat duit lebih, so aku dapat masuk bas yang kurang orang tu, dgn harga rm20 tanpa tiket, kebiasaannya tiket yang beharga rm22.00. aku masuk, bas mula gerak tepat pkul 4:00PM, normal lahh tu, kalau pemandu yang buat duit ni, kalau pemandu tu datang lambat, tapi dapat tiket, penumpang yang masuk haram tanpa tiket tu tak dapat la tempat duduk, dan pemandu tu pn tak dapat la “duit tepi”. Dalam bas, tipikal manusia yang menaiki bas ni, yang borak dgn rakan tak mudahh hebahnyaa, ada yang mula pasang headphone , ada yang blur, ada yang mula bukak makanan, ada yang mula main game, ini tipikal perangai manusia, dan aku, bukak laptop, copy balik apa yang aku tulis atas kertas spanjang perjalanan aku dalam MWords. Tutup laptop. Tidur.
-titik-

6:14PM

HENTIAN R&R Maran

Bas berhenti di hentian r&r Maran, semua penumpang terpusu pusu keluar dari bas bila pemandu bas mengatakan rehat 10 minit untuk ke tandas. Yang sebetulnya ke tandas hanya 30 % je, yang setengahnya saja nak kluar disebabkan tekanan berada di dalam bas, penat duduk didalam bas, ada juga yang ke tandas hanya untuk cuci muka dan picit jerawat.
Itulah tipikal manusia bila stop di RnR yang selama 10 min. Bas mula bergerak lagi, signboard mengatakan 91km lagi untuk sampai ke Kuantan, kepala aku mmg target kalau transnasional ni confirm 1 jam setengah lagi, agak agak dalam pkul 8 jugak aku sampai terminal tak termasuk sesak trafik lagi. Mana laa tau, nak sampai petang ni paham paham jela hari bekerja, kesibukan dimana mana kota itu normal.tutup laptop. Tidur.

-habis-

7:29 PM

Normaliti 

Seperti yang aku jangka, kesibukan jalan raya Kuantan-Gambang dalam jam sekarang ini seperti yang aku jangka, ditambah lagi pulak dgn sesetengah tempat yang sibuk dengan pasar malam, lebih lebih lagi, skarang sudah masuknya waktu maghrib bagi daerah Kuantan, orang mula terpusu ke masjid, atau ke rumah utk berbuka puasa. Almaklumlah tipikal manusia yang tak dapat menahan nafsu di bulan puasa itu biasa di Malaysia, bergantilah sebelum masuknya puasa lagi beberapa hari ni, Masjid masih kosong, Kuantan diterangi dengan lampu lampu dan hiasan hiasan baru kat Bandar Kuantan ni, Sukma kali ni buat kat Malaysia, dah macam ICT kat Shah Alam tu dah aku tgk. Lawa plak kuantan ni aku tgk haha, yang difikirkan sebenarnya apakah kecantikan Bandar Kuantan ini hanya sementara? Hanya utk Sukma ni saja? Kalau smua ini dirombak selepas habisnya Sukma , bagi aku, duit yang dikeluarkan itu sama saja buang duit rakyat. Trafik dan sikit lancar sbb aku dapat rasa bas ni dah mula laju sikit dari tadi, aku agak mati mati pkul 8 mlm gak aku smpai rumah ni, skarang pn baru sampai sg. Isap, belum masuk Jalan Wong Ah Jang lagi, bas berhenti di depan Restoran Seraj , Batu 3. Tetiba buat aku teringatkan seseorang yang skarang jauh di negara orang J agak bila dia nak balik?

Bas mula masuk ke signboard “Selamat Datang Ke Kuantan” yang masih dalam pembikinan, tetiba baru aku sedar cantik betul malam ni, malam ni bulan penuh, mmg malam ni aku akan keluar cari tempat best utk tgk bulan J Jam tepat 7:45 PM aku sudah berada di Jalan Wong Ah Jang menuju ke Terminal Makmur. Jalan di Wong Ah Jang tak sesak tak seperti yang aku jangka, Rasanya takde perubahan yang aku lihat sepanjang 4 hari aku tinggalkan Kuantan.Orang mula packing barang dan aku rasa aku juga patut lakukan itu. Cek ada barang tertinggal atau tak, perkara normal yang aku tau bila aku turun bas “dik,teksi adik” . “teksi.teksi” dan blabla. Susah sebenarnya pemandu teksi kat kuantan ni nak dapat penumpang, inilah serba sedikit tipikal manusia yang menaiki bas dari kl – kuantan – kl . Aku sorang je tak turun bas lagi. Tutup laptop.

-tammat-