Wednesday, January 4, 2012

MILLENIUM way?

Masa aku post ni aku sudah pun berada di Kuantan untuk menyelesaikan seberapa rapa problem problem sebelum aku melangkah ke alam pekerjaan 12 jan nanti, ok, kenapa millenium way? tiba tiba aku terfikir untuk post pasal ni sbb aku terbaca tweet dpan smalam yang berbunyii begini, 

"Keeping the negative to positive" is such like hell.

Apa maksud ayat omputih ni? aku sndri pn taktau sbb ayat yang bersastera ni, kau akan dapat banyak jawapan dari bermacam macam pihak. Ok lah, dari pihak aku, aku terfikirkan mungkin ayat ni untuk mengatakan yang 'NIAT TAK MENGHALALKAN CARA', itu jawapan dari pihak aku. Mungkin jawapan dari korang korang, lain. Tak kisah lah, kenapa aku ketengahkan hal ni, sbb dah banyak sangat manusia manusia yang timbulkan pasal ni, jadi aku rasa aku nak menyuarakan pendapat aku sendiri atas blog aku ni.

Bagi aku, di zaman millenium alaf baruu yang penuhh dugaan ni, mungkin cara yang sebenarnya tak menghalalkan dari aspek agama, mungkin itulah cara yang terbaik dan jangan salah paham, maksud aku bukannya membiarkan saja mereka tanpa batasan, tapi mungkin dengan cara mendekati adalah lebih baik. Aku sendiri masih seorang remaja, jadi aku paham macammana seorang remaja itu berfikir, dalam diri tu memang makin ditentang sebenarnya makin kuat nak memberontak.

Contoh besar apa yang aku lihat sekarang, Aku tgk kebanyakkannya forum forum perdana atau  sesuatu bentuk ilmu yg KURANG dipertengahkan untuk umum atau dalam kata lain yang lebih baik, kurang pendekatan bagi mereka mereka yang digelarkan sampah masyarakat, sampah negara, atau apa jnis sampah sekalipun dan apa yang paling aku kesal, cara dakwah yang digunakan sekarang lebih kepada arah untuk kemenangan politik. 
Ceramah yang disampaikan di Surau surau msti perlu kaitkan Umno, Pkr bla bla bla, Sampaikan Student nak didedahkan dengan politik yang kononya membuat pindaan AUKU tapi tak dibenarkan pegang jawatan, apa kejadah? bagi aku itu hak individu, tak perlu nak diketengahkan sampai macamtu, nampak sangat penyongsangan AKTA itu sendiri demi politik, bila seorang student tu mula berdemonstrasi turunkan bendera, yang sebenarnya mahukan hak mereka, DIPUKUL? Pasal isu runtuhkan masjid untuk pembangunan dulu, kenapa diambil remeh?


Cukup sampai sini, ter-over masuk politik haha, sebenarnya apa yang aku nak dedahkan kat sini, adakah student yang turunkan bendera Najib dan naikkan bendera academic freedom tu digelarkan sampah? adakah orang yang mcmni dijadikan idola yang buruk buat anak muda? Sebenarnya remaja itu sendiri berotak dan pandai berfikir secara waras dan sedari apa yang mereka buat, aku tau itu sbb aku sendiri masih seorang remaja.

Kadang-kadang mereka yang digelarkan sampah ni takisah la dari segi bentuk apa pun rasa malu kerana manusia sekeliling lihat mereka tak ubah seperti makhluk dari planet musytari. Jadi aku rasa mungkin atas reason yang mcm itulah yang buatkan mereka rasa malu untuk pergi tempat tempat yang sebenarnya untuk umum.

Jadi sebab itulah aku rasa cara terbaik, para para ULAMAK ni boleh buatkan pendekatan yang lebih kepada mereka mereka yang digelarkan sampah ni, bukannya menidakkan dengan hukum atau lebih tepat secara pemaksaan. Remaja remaja ni boleh diubah kalau diberi penekanan dengan cara yang lebih berotak. Kita sendiri manusia, ada hati ada perasaan. 



Mungkin korang tak paham apa aku cuba ketengahkan, jadi aku ambik part cerita nurkasih ni kot kot korang boleh paham apa aku cuba ketengahkan :)

*post ni banyak kaitan dgn agama, bukan nak berlagak hebat agama, aku tersangatlah jahil, cuma menyuarakan rasa hati, sebarang makian atau berlainan pendapat boleh berkongsi :) 

-amykamarzaman
11.33am