Monday, May 28, 2012

Hilang di dalam dunia yang nyata.

"Bukan merekacipta, tapi dibiarkan terus dicipta. satu organisasi lama, dibawak megah dengan wang negara, tapi hasilnya? maaf bagi aku, bukan usaha mereka.
Aku baru tersedar dari alam maya dimana sebelumnya aku bangunn untuk memulakan hari esok dengan waktu yang sebegini awal *2:31am , boleh dikatakan sebelum aku ke alam maya yang sebelumnya, aku masih seorang yang bekerjaya, with corporate look, and all those fuckup thing. 
tapi aku dipecat kerana aku tak punya gaya, kerana manager ku kata aku tak boleh buat duit pada dia, so kalau tak boleh buat duit padanya macammana nak buat duit pada syarikat, pada mulanya aku sedar akan smua tu, wujudnya satu saingan dalam syarikat, ada point ada ranking. aku betul teringatkan satu sistem sekolah yang pernah aku fuck dulu. 
kenapa aku masih stay kerja kat situ? apakah disebabkan kesempitan wang aku berada di kuala lumpur atau disebabkan gaji yang tinggi untuk penuhi keinginan aku? keduanya ya. tak perlu aku bagitau cukup skadar tahu kesempitan dan keinginan aku semua untuk aku penuhikan SARATA movement aku dengan dpan tu. aku rasa dada aku perit amat cuma kopi o ais dan sekotak kretek surya yang mampu teman aku malam ini.



harini 28/5/2012,


aku check balik smua yg aku post dan aku check ada satu draft. bila aku check balik, ni luahan hampa aku bila aku kena reject dengan syarikat kapitalis yang pure kapitalis. mksd aku sistem mereka tu.tak perlu aku nak banyak cakap korang mmg paham la kalau berniaga cara menindas orang ni normal. kalau dah ada satu pekerjaan untuk interview pekerjaan. Boleh pkir sendiri la mudahnya mereka nak buang orang.


aku igt lagi masa aku kena buang ni masa tu dah nak dkat antiflag, btul btul week masa punk rock launching skali dgn onesta tu, aku pergi gig tu btol2 nak lepas stress. kepala aku mmg tak fikir apa dah, lepas onesta aku terus gerak kuantan. tapi sbnarnya aku tak fikir apa pn, bila kau fikir balik skarang masa onesta tu jugak la tarikh date aku kluar first dgn awek aku skarang :) haha . 20/1 , lepas habis gig tu kepala hotak aku boleh berfikir waras sikit sambil pegang tiket anti flag yang aku beli awal masa punk rock launching haha. 21 aku balik ktn dengan muka eksaitednyaaaa :) aku hang tak berbekal satu sen pn duit masa kat kuantan seharian, esok ahadnya aku balik rumah rehat,dan bermulalah episod aku mencari duit untuk meneruskan misi gig anti flag live kuala lumpur dan smua aktivitas aku kat kuala lumpur :) dan smua tu berakhir last bulan 3 lepas. selepas makanan bukan periuk api #2 kat area bangkok bank :)


P/s : kapitalis takkan pernah buat kau menang slagi kau tak masuk dalam hiraki mereka,sistem tindas sesama. jangan pernah mengalah,capai apa kau mahu slagi kau berdaya, masih punya cara dalam apa juga cara, never give up , never surrender, keep pma.

Thursday, May 24, 2012

ISU GAMBAR DP COKLAT


bermacam komplain, ada yang cakap ini agenda yahudi, ada yang cakap ini agenda yahudi, ada yang cakap tulisan hebrew ni bermasalah, ada yang cakap tutup mata sbb nak tutup kekejaman zionis. Bagi aku satu je, asal pada luaran niatnya baik dan kalau nawaitu dalam hati tu cakap nak buat, buat, tak perlu nak dengar atas kata orang pasal itu dan ini, pasal isu dp yang bermasalah ni, aku suka cara Fynn Jamal cakap pasal isu ni :)

Copy daripada page nya :

kenapa tak tanya "kenapa gambar setakat paras bahu"?
atau "kenapa tutup mata? kenapa tak hidung?"
atau "kenapa warna coklat lumpur?"
atau "kenapa tulisan orang2 yang share adalah roman dan tidak huruf arab?"
atau "kenapa muka DP cacat tak ada hidung, mulut, kening dan telinga?"

ada seribu satu 'kenapa' yang boleh ditanya.
sama banyaknya dengan soalan bani israel--
bangsa yang masih sampai hidup ke masa ini--
ketika peristiwa mereka dengan nabi musa.

telah diwahyukan tuhan minta seekor lembu untuk dikorbankan.
arahan mudah.
tak susah.
senang.
tak kecah.

tapi tak.
NAK over analyze juga.
"lembu warna apa"
"lembu yang macammana"
"kenapa tak lembu begini"
"kenapa mesti lembu yang itu"

dasar memang hati batu.
tak nak terima benda mudah.
ada saja nak cari salah.

itulah kita.
lebih gemar lari dari apa yang haknya.
lagi suka benda merapik dari apa yang isinya.

buruk sifat begini, sampai tercipta surah yang khusus bernama baqarah. lembu. demi memperingat kita2 tentang peristiwa ini.

"kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu,
bahkan lebih keras lagi."
ayat ke 74.
semak, kalau tak percaya.

sudah2lah.
tak nak letak, sudahlah.
tak ada orang marah.

nak cakap kenapa ada tulisan hebrew.
dah penjaranya milik yahudi.
takkan nak tulisan cyrillic pulak.
kang orang ingat tahanan kat negara soviet mana nanti.
kan?

nak cakap kenapa tutup mata.
dah nak bagi metafora yang itu tahanan penjara sebelum bertemu para algojo.
takkan nak letak gambar bunga.
ini bukan perjuangan setujukan hak bapok pengkid gay lesbian.
kan?

serius.
keyboard warriors makin bodoh.

MAKIN bodoh.

-Fynn Jamal

Ini adalah diantara komentar yang menarik minat aku :)

klik utk lihat lebih jelas


kita punya akal, kita boleh berfikir sendiri mana yang elok dan mana yang tidak.
aku tak kata aku di pihak yang betul, cuma ini apa yang aku rasa, dan apa yang aku setuju. 
masing masing punya rasa, masing masing punya pendapat, aku stuju dgn ini, ada yang bilang tidak,
sama sama berfikir, beramal!

-amykamarzaman


Wednesday, May 2, 2012

SENYUM DALAM PERIT

Perjalanan aku jauh , aku gerak sana, aku gerak sini, smua nak pandang aku macam hantu, aku dah bosan jadi mcm ni, sumpah aku bosan, aku penat. Apa yang aku buat di tafsir orang, apa aku buat di komen orang, ye aku tau , aku tak sesempurna mana untuk buat itu ini tapi aku buat kerana aku mahu itu. Aku peduli ape orang nak cakap apa, sekurang kurangnya aku bertindak masih menggunakan akal waras aku, maaflah, aku mmg jnis tak suka paksa diri, aku lebih suka ikut kemahuan diri aku sndri. Bunyi macam aku keras kepala, ya memang. aku tak nafi sbb aku bukan manusia hipokrit. Setiap perkara yang aku buat aku punya sebab aku sndri, aku tak malu, sbb bagi aku aku minoriti kan diri aku sndri atas pemikiran aku sndiri atau aku cakap atas diri aku, iedologis aku sndri. Aku sedih bila aku dipandang serong oleh rakan aku sndri, kawan yang umpama berkawan dgn aku atas dasar paksaan, aku diperguna kawan, kawan hanya sekadar untuk ambik hati. Tegur dengan muka yang sumpah aku cakap kambing lagi ikhlas. 

Kalau aku ni menyusahkan, takperlu nak di angkat di bawak kesana ke mari. Kalau aku ni mmg paling bodoh dikalangan, tak perlu di biarkan mulut aku bersuara lagi. Lepas ni aku tau, akan jadi lagi sbb masing masing suka ayat "aku yang rasa garam dulu dari kau" . Maaf lah aku cakap, kalau kau stakat rasa garam tapi tak reti manfaatkan apa yang kau ada. baik takpayah. kalau stakat pandai rasa garam tapi tak pandai nak buat gulai. baik kau diam je. jadi seorang tester sampai tua. hidup dengan sample. jumpa telan. 

Aku dilahirkan sbgai seorang pemberontak atas akal fikiran aku sndri, aku buat apa aku nak buat, aku tinggal apa aku nak tinggal, aku tentang apa aku nak tentang, aku buat apa aku nak buat, smua atas diri aku sndri. sebarang pujuk rayu mmg tak termakan dek pemikiran aku. mungkin sbb aku mmg dilahirkan sebagai seorang individualis yang tak dipeduli orang malah berada di bawahan yang ditindas orang. aku pernah rasa itu dan aku tau mcmmana sakitnya smua tu. 

Apa yang aku cakap apa yang aku tulis atas apa yang aku lihat dengan mata kasar aku sndri, bukan atas dasar nak menang atau apa. Aku tak pernah ras anak menang, sbb bagi aku orang yang mengaku mereka kalah itu lebih bermaruah dari mereka yang mengatakan mereka itu menang bukan menggunakan fizikal dan akal fikiran mereka sndri. Sejujur-jujurnya aku cakap, attitude mcmtu tersangatlah LOSER.

Kadang kadang, kita buat itu, kita buat ini, kita pergi itu, kita pergi ini, kita boleh hilang kawan, kita boleh hilang orang yang kita sayang, kita boleh hilang semua. tapi bagi aku, Aku tetap sayang orang yang aku sayang dan aku tetap kawan dengan orang yang masih anggap aku kawan. Hidup kita tak seindah apa yang kita sangka, kadang kadang kita menangis, kadang kadang kita ketawa. lumrah hidup, ada yang suka makan sayur, ada yang suka makan daging, ada yang suka kedua dua nya. 

sekian.