Wednesday, October 16, 2013

intraprestasi malap.

mungkin aku suka sendiri.
mungkin aku suka gelap.
mungkin penglihatan yang kurang jelas itu tenang.
mungkin cahaya bara nikotina cukup utk menerangkan.
mungkin gadis yg aku cari punya intraprestasi malap.

mungkin delusi, mungkin realiti.

mungkin.

Friday, October 4, 2013

putih pagi sabtu.

kemas betul pagi ni. putih je.
walaupun badan penat tapi mata dah boleh selesa.
harap tuan rumah tak marah kalau masa tukar lampu ada bunyi dengkur.
Selamat Pagi Sabtu.



Tuesday, October 1, 2013

Sem Baru, Anjakan Paradigma Baru.

bila takde air mineral kat rumah, air teh panas ni mmg kena tunggu 3-4 minit kalau tak bibir aku melecur.

bila tengok last post aku mei. aku agak aku dah lama tak menulis. Apa yang membuatkan hati aku mula untuk menulis balik adalah bila  housemate aku mengajak aku kolaborasi menjadi salah satu penulis untuk zinenya. Aku nampak passion aku mmg kat sini kalau aku boleh menulis dari malam tadi sampai skarang dah 5:30 pagi. skit lagi kelas pukul 9. mampus aku haha. Aku rasa aku lebih banyak doodle bila aku jumpa pen dan kertas. Aku kurang bersosial. Kurang aktif di gig. Lebih banyak menyendiri dan ke kelas.

Aku nak cerita pasal sem baru. aku nak share something, sem ni aku register subjek Visual Communication. Visual Communication ni untuk simple explanation dia ialah tengok gambar atau video dengan lebih deep. Dimana bagi aku visual communication ni kita dah start praktik sejak dari mula kita nak kenal  ABC, Alif Ba Ta, Nombor. Semua buku buku pendidikan yang bergambar tu membantu untuk student lebih paham apa mesej yang hendak disampaikan termasuklah logo logo. Logo lebih kepada maksud attitude dan pengenalan untuk sesebuah institusi, brand dan etc.

Visual comm ni jugak bagi aku termasuk jugak kepada personaliti orang kerana dari psikologinya, ada manusia yang berkawan memilih dari personaliti(beranggapan bleh berkongsi minat yang sama) dan ada orang yang boleh berkawan dengan semua.














Tetapi bagi aku visual comm ada negatif dan positif dia. deep sangat tgk gambar sampai termakan bisikan iblis tu bahaya gak.

teh o aku dah suam. sapkoklu.