Friday, May 3, 2013

Aku dan Si Buta

Alkisah bermula aku mahu pulang ke shah alam.
aku terpaksa ambik bas ke kl sbb bas ke shah alam dah habis.
dengan demamnya, mmg berguling aku dalam bas, sejuk.
dipendekkan cerita, lepas aku turun, baru aku sedar yang aku baru hilang RM50

aku sesal , aku marah, aku amukkan benda yang datangnya dari kecuaian aku.
seperjalanan pada hari yang sama, waktu itu siang, 6pagi, bertempat di stesen bas di kl sentral.
aku mahu pulang ke shah alam. masa aku tgh duduk menunggu bas aku.
aku melihat seorang buta, laungkan kata U65! U65! U65!
tiada orang sahut dan memberi respon, smpai lah masa pakcik buta tu mahu lintas jalan,
aku terus belari capai tangannya dan berkata "pakcik, bas U65 belum sampai"
aku mempelawa pakcik itu duduk dulu tapi dia tak mahu, aku taktau sbb apa.
tapi pakcik tu nampak tergesa.
sampailah 15 min berdiri bas U65 sampai. aku pimpin pakcik tu ke bas.

melihat pakcik tua tu buat aku berfikir,
macammana agaknya bila aku adalah seorang yang buta,
tidak dapat melihat sekeliling, tidak tahu siapakah teman siapakah lawan.
bila kau sendiri, tiada pertolongan dari kiri dan kanan, apa yang diharap kau adalah,
seorang insan yang murah hati dapat membantu kau.
aku terfikir macammana pakcik tu survive dalam bas tu dan pulang ke rumah,
kalau dia takde wang, macammana dia nak balik kalau tanpa teksi.

Aku sangat respekkan mereka mereka si buta ini.
Hidup di dunia ini dengan melihat sudah cukup dengan dugaan.
ini mereka yang hidup dengan mata yang tak berfungsi.
Ya Allah, kuatnya mereka diduga.

Moral of The Story, kita kena bersyukur dengan benda benda kecil bila kita nak kesalkan benda benda yang remeh contoh macam aku yang pada mula main emosi yang amat sbb RM50 aku hilang sbb cuai aku.
cuba kita lebih bersyukur, mungkin bukan rezeki kita. Allah dah susun jalan yang terbaik utk umat dia.
semua benda yang berlaku ada hikmah dia. aku mungkin hilang RM50 harini. esok siapa tahu, apa yang kita akan dapat. so relax. senyum. minum kopi.

sapkoklu.