Wednesday, May 2, 2012

SENYUM DALAM PERIT

Perjalanan aku jauh , aku gerak sana, aku gerak sini, smua nak pandang aku macam hantu, aku dah bosan jadi mcm ni, sumpah aku bosan, aku penat. Apa yang aku buat di tafsir orang, apa aku buat di komen orang, ye aku tau , aku tak sesempurna mana untuk buat itu ini tapi aku buat kerana aku mahu itu. Aku peduli ape orang nak cakap apa, sekurang kurangnya aku bertindak masih menggunakan akal waras aku, maaflah, aku mmg jnis tak suka paksa diri, aku lebih suka ikut kemahuan diri aku sndri. Bunyi macam aku keras kepala, ya memang. aku tak nafi sbb aku bukan manusia hipokrit. Setiap perkara yang aku buat aku punya sebab aku sndri, aku tak malu, sbb bagi aku aku minoriti kan diri aku sndri atas pemikiran aku sndiri atau aku cakap atas diri aku, iedologis aku sndri. Aku sedih bila aku dipandang serong oleh rakan aku sndri, kawan yang umpama berkawan dgn aku atas dasar paksaan, aku diperguna kawan, kawan hanya sekadar untuk ambik hati. Tegur dengan muka yang sumpah aku cakap kambing lagi ikhlas. 

Kalau aku ni menyusahkan, takperlu nak di angkat di bawak kesana ke mari. Kalau aku ni mmg paling bodoh dikalangan, tak perlu di biarkan mulut aku bersuara lagi. Lepas ni aku tau, akan jadi lagi sbb masing masing suka ayat "aku yang rasa garam dulu dari kau" . Maaf lah aku cakap, kalau kau stakat rasa garam tapi tak reti manfaatkan apa yang kau ada. baik takpayah. kalau stakat pandai rasa garam tapi tak pandai nak buat gulai. baik kau diam je. jadi seorang tester sampai tua. hidup dengan sample. jumpa telan. 

Aku dilahirkan sbgai seorang pemberontak atas akal fikiran aku sndri, aku buat apa aku nak buat, aku tinggal apa aku nak tinggal, aku tentang apa aku nak tentang, aku buat apa aku nak buat, smua atas diri aku sndri. sebarang pujuk rayu mmg tak termakan dek pemikiran aku. mungkin sbb aku mmg dilahirkan sebagai seorang individualis yang tak dipeduli orang malah berada di bawahan yang ditindas orang. aku pernah rasa itu dan aku tau mcmmana sakitnya smua tu. 

Apa yang aku cakap apa yang aku tulis atas apa yang aku lihat dengan mata kasar aku sndri, bukan atas dasar nak menang atau apa. Aku tak pernah ras anak menang, sbb bagi aku orang yang mengaku mereka kalah itu lebih bermaruah dari mereka yang mengatakan mereka itu menang bukan menggunakan fizikal dan akal fikiran mereka sndri. Sejujur-jujurnya aku cakap, attitude mcmtu tersangatlah LOSER.

Kadang kadang, kita buat itu, kita buat ini, kita pergi itu, kita pergi ini, kita boleh hilang kawan, kita boleh hilang orang yang kita sayang, kita boleh hilang semua. tapi bagi aku, Aku tetap sayang orang yang aku sayang dan aku tetap kawan dengan orang yang masih anggap aku kawan. Hidup kita tak seindah apa yang kita sangka, kadang kadang kita menangis, kadang kadang kita ketawa. lumrah hidup, ada yang suka makan sayur, ada yang suka makan daging, ada yang suka kedua dua nya. 

sekian.


No comments:

Post a Comment