Wednesday, March 7, 2012

Sepi














Sepi, harini, aku jumpa kau lagi,
kita bermain fikiran lagi,
kita selami hati lagi,
tiada siapa yang mahu mendekati,


Sepi, gelap takutnya aku disini,
tapi kau sentiasa teman aku,
ternyiur dek udara piur rapi,


Sepi, kolaborasikanlah,
walaupun hanya air mata yang,
tak mengalir lagi, bawak lah aku,
ke tempat basah, tempat aku boleh,
menangis ceria, menatap seri,
mencari pelangi.

Sepi, dikala deria mengubah warna,
dikala idea hendak berputar,
dikala rindukan gelak tawa,
kau sentiasa ada, menterbalikan,
eksploitasi sebuah binari mimpi.


Sepi, gerak langkah kau slalu,
ada disisi, teman aku lagi,
buat tenang tertanya,
mungkin esok sama lagi.
tapi aku tahu hari hari yg blalu,
mungkin itulah yang aku amati.

3:10PM
3/8/2012

No comments:

Post a Comment