Thursday, May 24, 2012

ISU GAMBAR DP COKLAT


bermacam komplain, ada yang cakap ini agenda yahudi, ada yang cakap ini agenda yahudi, ada yang cakap tulisan hebrew ni bermasalah, ada yang cakap tutup mata sbb nak tutup kekejaman zionis. Bagi aku satu je, asal pada luaran niatnya baik dan kalau nawaitu dalam hati tu cakap nak buat, buat, tak perlu nak dengar atas kata orang pasal itu dan ini, pasal isu dp yang bermasalah ni, aku suka cara Fynn Jamal cakap pasal isu ni :)

Copy daripada page nya :

kenapa tak tanya "kenapa gambar setakat paras bahu"?
atau "kenapa tutup mata? kenapa tak hidung?"
atau "kenapa warna coklat lumpur?"
atau "kenapa tulisan orang2 yang share adalah roman dan tidak huruf arab?"
atau "kenapa muka DP cacat tak ada hidung, mulut, kening dan telinga?"

ada seribu satu 'kenapa' yang boleh ditanya.
sama banyaknya dengan soalan bani israel--
bangsa yang masih sampai hidup ke masa ini--
ketika peristiwa mereka dengan nabi musa.

telah diwahyukan tuhan minta seekor lembu untuk dikorbankan.
arahan mudah.
tak susah.
senang.
tak kecah.

tapi tak.
NAK over analyze juga.
"lembu warna apa"
"lembu yang macammana"
"kenapa tak lembu begini"
"kenapa mesti lembu yang itu"

dasar memang hati batu.
tak nak terima benda mudah.
ada saja nak cari salah.

itulah kita.
lebih gemar lari dari apa yang haknya.
lagi suka benda merapik dari apa yang isinya.

buruk sifat begini, sampai tercipta surah yang khusus bernama baqarah. lembu. demi memperingat kita2 tentang peristiwa ini.

"kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu,
bahkan lebih keras lagi."
ayat ke 74.
semak, kalau tak percaya.

sudah2lah.
tak nak letak, sudahlah.
tak ada orang marah.

nak cakap kenapa ada tulisan hebrew.
dah penjaranya milik yahudi.
takkan nak tulisan cyrillic pulak.
kang orang ingat tahanan kat negara soviet mana nanti.
kan?

nak cakap kenapa tutup mata.
dah nak bagi metafora yang itu tahanan penjara sebelum bertemu para algojo.
takkan nak letak gambar bunga.
ini bukan perjuangan setujukan hak bapok pengkid gay lesbian.
kan?

serius.
keyboard warriors makin bodoh.

MAKIN bodoh.

-Fynn Jamal

Ini adalah diantara komentar yang menarik minat aku :)

klik utk lihat lebih jelas


kita punya akal, kita boleh berfikir sendiri mana yang elok dan mana yang tidak.
aku tak kata aku di pihak yang betul, cuma ini apa yang aku rasa, dan apa yang aku setuju. 
masing masing punya rasa, masing masing punya pendapat, aku stuju dgn ini, ada yang bilang tidak,
sama sama berfikir, beramal!

-amykamarzaman


No comments:

Post a Comment