Tuesday, September 11, 2012



terlalu banyak untuk difikirkan untuk tempuhi harini, esok, masa depan. aku tak kuat, kata orang smua itu masa, jawapan yang terlalu tipikal yang sebenarnya smua orang tahu, kita sendiri mmg hidup dengan masa dan waktu, takperlu di persoalkan kata itu.

aku terlampau lemah untuk teruskan jalan masa hadapan ini, tapi aku tahu, aku takkan pernah berhenti kerana aku mmg takboleh. tapi mengapa msti sakit dan perit yang harus aku lalu, kenapa msti jalan yang berduri, penuh dengan binatang buas, bersemak, penuh dengan bisa? kenapa jalan yang sebegini harus aku lalu? Kenapa tidak jalan yang lurus, penuh dengan daunan, hari yang terus cerah manis, ditambah kanak kanak riang sedang bermain senyum. kenapa?

Mereka kata, kau kenapa? nampak lemah je? nampak tak bermaya. putus cinta ke? sabarlah perempuan banyak lagi, bunga bukan sekuntum. smua itu sudah lali, lebih lagi bagi mereka yang hidup hanya untuk wanita. maaf. aku tak akan emo sebegini kerana perempuan, untuk aku yang berumur 19tahun ni bukan perlu terlalu tipikal untuk aku cari seorang perempuan untuk di fikir masa hadapan kerana aku tak pernah nampak itu bagi mereka yang punya vagina itu.

Hidup di zaman era serba moden yang boleh aku katakan 100 peratus duit. Aku sendiri tulis blog ni menggunakan internet, dan internet itu sendiri perlu dibayar? apakah internet boleh dibayar dengan daun? atau dibayar dengan bulu?

Mungkin sekarang baru aku paham apa yang dimaksudkan dengan hidup ini tak semudah yang kita sangka. Aku tau silapnya aku terlampau mengambil mudah atas smua perkara, terlalu egois dalam semua perkara, kadang kadang aku cuma rasa itulah yang menampakkan aku berbeza dan aku selalu merasakan beza itu adalah kata baru bagi seseorang. mungkin ianya betul. tapi sebenarnya aku masih silap dalam satu perkara. majoriti itu kadang kadang sebenarnya yang terbaik, apakah aku perlu minoriti kan diri dalam smua perkara? aku silap. apakah aku perlu menentang undang undang yang ditulis Nya? apakah? itu adalah antara satu minoriti bukan satu perkara terbaik.

Dalam smua perkara yang kita buat, tak smua yang dirancang adalah yang terbaik, tak smua yang manis itu akan terus manis, teh tarik itu sendiri boleh jadi basi apakah hidup mereka yang dirancang secara tipikal. Itu bukti untuk sepenuhnya.

Aku tak takut sendiri, kerana sampai masa hidup kita akan sendiri, jadi jangan ditanya kenapa aku mudah bersendiri.

mungkin yang manis itu datang dari susu, tapi tak mustahil dari susu itu sendiri boleh menghabiskan beratus ribu duit.

Senyap. Gelap. Cahaya.

4:39am
Rumah 1-1-16
Wisma Mais

No comments:

Post a Comment